Wednesday, June 24, 2009

SALAM PERPADUAN




Assalamualaikum WRT, Salam Sejahtera & Salam Perkenalan


Alhmadulillah, akhirnya satu blog khas untuk mengukuhkan kembali silaturrahim antara semua Sukarelawan di Bahagian Beaufort, akhirnya menjadi realiti. Tujuan utama blog ini diwujudkan adalah untuk menjadi wadah perjumpaan maya semua sukarelawan yang pernah menyumbang bakti khususnya dalam program-program Rakan Muda, Belia & Pembangunan Sukan anjuran Jabatan Belia & Sukan Persekutuan bermula pada tahun 2006 hinggalah sekarang.

Blog ni juga bertujuan untuk mengetahui perkembangan semasa semua sukarelawan, samada yang telah bekerja dan membawa haluan masing-masing ataupun sukarelawan yang masih aktif hingga kini untuk kita saling bertukar-tukar pendapat dan aspirasi untuk sama-sama membangunkan kredibiliti serta mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita. Semoga hal ini akan mendapat sokongan daripada semua dan apa lagi, araimaiti kita...eheeh..

Sekian dan terima kasih.

5 comments:

SukarelaONEbeaufort said...

Test power ja dulu nie..huhuh

Anonymous said...

Bagi saya dalam mendidik belia kita tidak perlu menakutkan dorang..tapi apa yang penting kita kena berkawan dengan dorang dan mendidik belia supaya sentiasa menghormati pemimpin dan sesama sendiri. Dan dari apa2 program yang mereka ikuti akan membawa kesan positif bila belia pulang ke rumah masing2. Bagi saya yang pernah memegang jawatan dari bawah hingga ke jawatan kem kom...minta je apa inti program yang dikehendaki...keras, lembut atau sederhana...saya dan rakan sukarelawan yang rapat dengan saya tidak akan mendidik belia dengan paksaan supaya belia ikut arah kita kerana takut di denda atau sebagainya. Tapi belia ikut arahan kita dengan rela dan kesedaran diri betapa pentingnya sesuatu program. Dari situ belia boleh menilai sejauh mana kelebihan seseorang pemimpin dalam sukarewan...

Anonymous said...

Hai geng....bole join juga di blog saya..Kendawa8470.blogspot.com sana kita le bincang2 kalau nak motivasi atau sebagainya leh juga k...

SukarelaONEbeaufort said...

kendawa, rajin2 ko melawat blog ni ahhh..jangan lupa promosi pda kawan2 lain ok..bah...

Anonymous said...

akhirnya release juga blog untuk sukarelawan..alhamdulillah