Salam geng, kita ketemu lagi yah..yalah setelah Segmen Jejak Kasihan mendapat perhatian ramai sebelum ini, krew blog ini sedang bertungkus lumus dalam memperbaiki kandungan dan menambahkan lagi citarasa kepelbagaian dalam stail dan penyampaian dari masa ke semasa. Oklah, tentu ramai yang tahu rancangan realiti "SEEKERS" yang begitu popular di NTV7 sedikit masa dulu, dan sekarang rancangan "PEMBURU HANTU" sedang hangat ditayangkan di Astro Ria setiap Khamis jam 11.00 malam. Tapi tahukah anda bahawa Sukarelawan Bahagian Beaufort mempunyai sebuah pasukan yang dinamakan PASUKAN PEMBURU PARANORMAL..Ya, kalau ada yang masih tidak percaya, sebenarnya pasukan ini ditubuhkan pada penghujung tahun 2006 dan telah banyak mendapat pelbagai 'evidence' atau bukti kewujudan makhluk paranormal....
Emmm..masih tak percaya? tidak apa, pasukan ini berfungsi menjalankan siasatan kes paranormal selepas aktiviti dalam sesuatu program berakhir dan bermula seawalnya jam 1.00 pagi. Penyiasatan pertama ialah di SMK Pengiran Omar, Sipitang semasa program Kem Tunas Jiran Muda Peringkat Bahagian Beaufort pada tahun 2006. Disana kami mendapat kelibat seorang budak sedang duduk ditangga sambil tunduk memandang ke bawah berjaya dirakamkan. Seterusnya di Pantai Sawangan, semasa bergambar beramai-ramai, terdapat makhluk tinggi 'turut' serta bergambar berhampiran kami dengan ketinggian yang tidak munasabah. Seterusnya di Sabah Forest Industry (SFI) semasa program Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional, kami telah berjaya merakam kelibat kain putih di belakang krew pasukan. Selain itu, pasukan ini juga ada menyiasat keberadaan paranormal di SMK Beaufort, Membakut Eco Lake Resort, Borneo Golf & Country Club Resort, Bongawan dan beberapa tempat yang lain lagi.
Kepada yang berminat menyertai pasukan ini, usah risau kerana sebenarnya tiada anggota tetap dalam pasukan ini, syaratnya hanya perlu berani dan bersedia dalam menempuh pelbagai rintangan dan dugaan. Peralatan hanya kamera berkuasa tinggi mahupun rendah dan video kamera. Emmm....Itulah al-kisahnya..........
EVIDENCE #1
Lokasi : Pantai Sawangan, Kuala Penyu.
Perhatikan kedudukan mata bercahaya yang agak tinggi di atas sebelah kanan gambar berbanding barisan sukarelawan. Selain imej mata, imej bentuk badan adalah tidak kelihatan dan yang paling penting, tidak ada rakan sukarelawan yang berdiri ditempat mata entiti tersebut berada. Apapun terpulang pada penilaian anda....
Perhatikan kedudukan mata bercahaya yang agak tinggi di atas sebelah kanan gambar berbanding barisan sukarelawan. Selain imej mata, imej bentuk badan adalah tidak kelihatan dan yang paling penting, tidak ada rakan sukarelawan yang berdiri ditempat mata entiti tersebut berada. Apapun terpulang pada penilaian anda....
6 comments:
geng, nanti kamu bagi aku gambar2 lain yang nampak entiti tu ok..mau playang di sini nanti trutama yang di SMPO tu
aku ada gambar antu yang banar-banar...siang2 lagi tu...cuba liat di blog ada antu orang asli...buat posing..kakaka
bunga cinta lestari...
hahah..itu antu cumil..hehehe
uik nti wat seeker kamu gtau d blog ni ah
Uit,,,beal!!mun ko mulih karang dgn c rynel..
kita buat lg seekers aa..hehehe
LieyzaSfi
Kazuma
ceh..mcm ko berani lieyza..hahhaha..
Post a Comment