Sunday, October 4, 2009

BELIA BEAUFORT : PEMILIHAN NORALIZAWATI SEBAGAI PENGGERAK BELIA ADALAH TEPAT



Keputusan undian..........................


Salam Sukarelawan,


Hello geng, terima kasih kerana terus menyokong laman blog sukarelawan ini, sokongan dan kesetiaan anda semua amatlah dihargai. Untuk pengetahuan semua, Penggerak Belia Beaufort kita, cik Noralizawati Mat Sam sedang mempersiapkan pasukan sukarelawan untuk menggerakkan program-program belia yang akan diadakan dalam bulan-bulan mendatang ini. Jadi, bersedialah kita sebagai sukarelawan untuk menanti punat 'alarm' yang akan ditekan oleh cik Penggerak Belia kita pada bila-bila masa sahaja niee.


Bercakap mengenai cik Penggerak Belia kita, laman blog sukarelawan ini telah mengadakan satu undian yang bertujuan untuk mendapatkan 'feedback' daripada para belia dan sukarelawan mengenai perlantikan cik Noralizawati sebagai Penggerak Belia dan keputusan sudahpun diperolehi. Undian ini diadakan selama sebulan di dalam lama blog ini. Berikut adalah keputusan undian tersebut :-



Mampukah Noralizawati Memenuhi Aspirasi Belia Di Kawasan Parlimen Beaufort?


Mampu..............(82%)

Boleh Lah Kali...(60%)

Tidak Mampu....(33%)

Tidak Pasti........(23%)


Emm...berdasarkan keputusan undian tersebut, nampaknya golongan belia dan sukarelawan telah sebulat suara dan percaya bahawa perlantikan cik Liza kita ni adalah tepat untuk membangun dan menjana aspirasi belia di kawasan Parlimen Beaufort ini. Ini terbukti dengan majoriti 82% undi yang menyatakan rasa setuju tersebut. 60% pula berkata cik Liza mungkin boleh dipercayai dan boleh diharap. Kelompok 60% ini mungkin mahu melihat dahulu prestasi cik Liza dalam beberapa bulan ataupun beberapa program sebelum meyakininya.


33% berkata cik Liza tak mampu. Kelompok ini juga mungkin masih mahu meliaht prestasi cik Liza terlebih dahulu. Jadi cik Liza, 33% ini akan sentiasa melihat dan menilai anda dari masa ke semasa, buatlah yang terbaik OK. 23% responden pula berkata tidak pasti. Mereka ini mungkin kelompok baru yang masih belum kenal dengan cik Liza ataupun belum lagi terbabit dalam mana-mana program belia. Justeru, nasihat pada kelompok ini, sertailah program Jabatan Belia & Sukan untuk mengetahui kelebihannya.


OKlah setakat ini sahaja dahulu, laman blog ini akan memaparkan satu lagi undian untuk dinilai oleh semua respondens belia di kawasan Parlimen Beaufort ini. Jadi, jangan lupa untuk terus mengunjungi laman blog sukarelawan ini ya...Adios..

8 comments:

Anonymous said...

MINGGU DEPAN SI LIZA GAJI, BAH APA LAGI JOM SERBU..HEHEHEH

Anonymous said...

NAMPAK SANGAT SUKARELAWAN POK DUIT JA...

Anonymous said...

ala, kalau nda mau belanja nda apalah, apa boleh buat kan..nda apa lah kami nda minta apa2 lagi ok..kengkawan semua nda payah lagi cakap pasal ni di mana-mana ok

Anonymous said...

susah bah kalau org x dpt bezakan antara gurauan dgn yang serius...pegi dahhh kamu semua hipokrit

Anonymous said...

Uiks geng?pa hal kmu pns2 d blog ne?aku yg d cni pn nda bising2 kmu plak yg jauh dri.kmi d cni pn msh trtnya2 status gji geng.sbr2 la aa..tau jg cri kmu nnt yg bkaitan.ctr stop d sini!jgn lg mau timbul kn mcm2 spekulasi k?..
Lieyza

Anonymous said...

liza sdh gaji, pa lg kmu d bft p la bubut dia..hahaha

BeL stUFF cO Ltd

Unknown said...

tiada seorang pun yang mampu buat kerja lone ranger...power ranger pun 5 orang baru dapat kasi kalah raksaksa...pa lagi c dayang liza...kita orang bantulah dia...berat sama diheret ringan sama buang buang...inda ba...jom kita kerja sama sama..baru sukarelawan namanya...

nunukragang..

nunukragang said...

Apa sudah jadi dengan JBS/ Kementerian Belia dan Sukan?? kata belia pemimpin masa depan, masa depan negara terletak di tangan belia....

kalau betul kerajaan memandang serius golongan belia, kenapa kontrak penggerak belia diseluruh negara ditamatkan walaupun baru 2 - 3 bulan dilantik??
Bajet tiada...temberang..kalau betul bajet kuranag...nampak sangat kerajaan tiada duit...duit pigi mana???