Friday, July 17, 2009

AKU SEORANG SUKARELAWAN....


Hala Tuju Sukarelawan Sentiasa Ada...


Assalamualaikum WRT & Salam Sukarelawan,

Kepada semua sahabat2 sukarelawan di bahagian Beaufort, disini aku ada sedikit luahan perasaan. Luahan perasaan daripada beberapa rakan sukarelawan kita yang agak terkilan dengan keadaan dan situasi semasa yang boleh dikatakan sudah tidak seperti dulu. Dulu sukarelawan boleh dikira dengan tangan, hanya seorang dua sahaja yang aktif dan kerana itulah juga jabatan-jabatan tertentu mengalami kesukaran dalam menggerakkan mana-mana program yang diatur.

Tapi itu bukan persoalannya disini, apa yang aku mau sampaikan ialah ada sesetengah pihak menganggap kami berkhidmat semata-mata mahu mengejar wang. Jadi timbullah istilah "Sukarelawang". Mungkin persepsi ini muncul kerana pihak-pihak berkaitan merasakan 'bebanan' apabila 'mangajak' kami untuk melakukan atau menjayakan apa-apa program. Wahai pihak yang berkenaan, kalau lah niat kami mahukan wang semata-mata, kami tidak akan bergelar 'sukarelawan', bagus kami mencari kerja lain ataupun bagi yang sudah bekerja, bagus tumpukan sahaja pada kerja yang telah diamanahkan. Mungkin mereka-mereka ini tidak tahu, sebenarnya kepuasan dan keseronokan dalam menjiwai watak atau amanah kerja yang telah diamanahkan itu lah sebenarnya yang kami cari. Kami sudah mengorbankan masa, tenaga, meninggalkan keluarga 3-4 hari semata-mata mahu mendidik dan memajukan anak bangsa kami. Usahlah sesedap mulut mengatakan kami hanya mengejar wang semata, ya memang wang penting tapi tanpa wang pun kami masih boleh membuat kerja-kerja yang diamanahkan. Pendek kata wang adalah soal lain.

Kepada yang berkenaan juga janganlah sesuka hati memperlakukan kami seperti 'kuli'. Kami bukan kuli, kami adalah pemegang amanah yang telah diberikan kepada anda. Anda tidak perlu mengeluarkan perkataan yang kesat apabila berada dalam situasi marah, tegang atau pun sebagainya, kerana kami juga manusia biasa ada hati dan perasaan. Kami ikhlaskan hati untuk membantu menjayakan program, bukan untuk dikata yang bukan-bukan. Sukar sangatkah untuk berkata sopan dengan kami? Ingatlah sekali manusia terasa dan tidak memaafkan, anda ada masalah di alam kubur nanti. Satu lagi, usah perlakukan kami seperti mamat indon yang bekerja di tapak pembinaan tu, bila diperlukan disayangi, tapi bila tidak diperlukan di herdik dan disingkirkan begitu sahaja. Kalau ada masalahpun, tidak perlu lah mengatakan kata-kata yang kesat kepada kami. Kami ada akal fikiran dan waras dalam apa juga tindakan yang dilakukan dan yang paling penting, kami tahu siapa diri kami. Anda tidak perlulah segan atau buat-buat tidak tahu dengan kami.

Kepada sukarelawan yang sudah berjaya, jangan terlalu sombong dengan kami kerana harus diingat kejayaan anda itu bukanlah kerana usaha anda seorang semata-mata, kita bekerja secara berpasukan dan setiap kejayaan akan dirai bersama. Jangan terlalu ego dengan kejayaan sementara kerana hidup manusia, bila di atas semua meninggi diri tapi bila di bawah baru tahu siapa kawan dan siapa lawan. Apa salah kami sehingga duduk semeja pun sudah tidak mahu lagi? Ingatlah kalau sudah berpecah ke mana lagi harapan yang disasarkan.

Aku mewakili kumpulan sukarelawan berterima kasih kepada semua pihak yang telah menghargai kami. Kami tidak minta dilayan seperti raja mahupun dihormati secara radikal, tapi cukuplah dihargai seadanya kerana anda semua maklum jika tiada sukarelawan, pada siapakah lagi anda bergantung harap??...


Open You Eye To See Meaning
The Deepest oF Sukarelawan RuLe...

5 comments:

Anonymous said...

yes....aku suka dengan statement yang terbaru ni..sokong 100 %...

Anonymous said...

selagi namanya manusia, begitu lah jalan ceritanya......

BELL said...

Jangan pandang sebelah mata pada sukarelawan, tanpa sukarelawan tiadalah kejayaan yang dikecapi, jangan sudah berjaya kita melupakan mereka, itu nda patut macam gtu..fahamilah mereka ini kerana mereka umpama simpanan tetap yang memberi kejayaan dalam masa jangka panjang kepada kita

Anonymous said...

uit sapa lah yg ckp sukarelawan 2 mata duitan, tlampau la jgk bh..nda patut2..cuba bygkn pgorbann dorg yg byk tu,lgpn mereka ptt jgk dpt hak durang bh, skng msuk toilet pn byr o....

Anonymous said...

salam geng2ku..
nunuh abar semua?





aku bha ne,
c wanz@mehs
otai sukarelawan...Hehehehe