Friday, August 28, 2009

BERAKHIRNYA PENANTIAN SEORANG SUKARELAWAN


Penggerak Belia kita.............


Salam Sukarelawan Semua,

Hiii sahabat sukarelawan sekalian, pihak Crew Admin Laman Blog Sukarelawan memohon maaf kerana rasanya sudah lama laman blog ni tidak di 'upgrade' dan di 'update'. Tapi jangan risau, mulai pada hari ni laman blog sukarelawan ini akan berubah wajah dan gaya kerana blog ini akan diisytiharkan secara rasmi sebagai lama blog rasmi untuk Penggerak Belia Kawasan Parlimen P.177 Beaufort yang baru, Cik Noralizawati Mat Sam (Lieyza) sebagai medium rasmi untuk semua kegiatan belia yang telah, sedang dan akan dilaksanakan dalam perancangan yang bakal dimuatkan.

Terlebih dahulu kami semua geng Sukarelawan Beaufort mengucapkan tahniah kepada Lieyza kerana akhirnya berjaya mendapat pekerjaan sebagai Penggerak Belia. Berita ini pastinya menggembirakan keseluruhan warga sukarelawan di bahagian Beaufort ini kerana Lieyza adalah salah seorang sukarelawan 'antara yang paling lama' di dalam dunia sukarela ini. Selamat bertugas dan selamat segalanya kepada Leiyza yang sudahpun memulakan tugas pada 24hb Ogos yang lalu di Pejabat Belia & Sukan (P) Bahagian Beaufort.

Pihak Crew Admin Laman Blog Sukarelawan ini juga memohon kerjasama dan sokongan daripada semua sukarelawan dan komuniti belia di kawasan Parlimen Beaufort ini untuk terus menyokong kami dan pihak kami juga mengalu-alukan sumbangan anda tidak kira dalam bentuk gambar, video, cerita dan apa-apa sahaja yang difikirkan sesuai untuk dimasukkan di dalam blog ni. Hubungi kami di alamat email sukarelawanbeaufort@yahoo.com.


1 Belia 1 Malaysia............



11 comments:

Anonymous said...

tahniah la ko kambayau..nda sangka kambayau menjadi durian..hahaha..JARUKKKKKKKK!!!!

BeLL StuFF Co.Ltd

Anonymous said...

jangan lupa belanja kami makan di Kenny Rogerz dengan menu paling mahal yang bakal kami order..bersedia untuk membangkrupkan ko..hahahah

Otai Sukarelawan

Anonymous said...

arr..ko pla kn yg dpt pgerak,ok la,
ba pa g, jan lpa wat trip p kudat lg ka,ranau ka..sandakan ka,tawau ka..uhhh

Poc Gentayangan

Anonymous said...

bah nti ko liza wat rombongan cik kiah ke rumah c bel ah d putrajya

Anonymous said...

liza, apa ko wat d sfi td?

Anonymous said...

Salam satu malaysia...

Pertama sekali saya ucapkan tahniah kepada cik Liza kerana telah pun dilantik menjadi pengerak belia bagi parlimen Beaufort...

Saya harap dengan perlantikan ini akan membuatkan semua belia lebih berdaya maju kerana sudah ada orang yang akan menjadi tunjang dalam proses pembangunan belia di beraufort dan orang tersebut ialah cik liza...tetapi perlu saya ingatkan bahawa cik liza kena mampu bekerjasama dengan semua pemimpin - pemimpin belia di kawasan anda...saya bukannya nak mengajar cik liza kerana saya yakin dengan kemampun anda dalam memimpin belia...Anda sudah membuktikannya dalam rakan muda kini sudah tiba masanya untuk anda berhadapan dengan satu cabran yang lebih besar dalam perjalanan hidup anda..

Saya sudi membantu anda dalam hal ini tetapi bantuan saya biarlah di belakang tabir sahaja dan saya minta cik liza akan merahsiakan siapa saya sebenarnya. Itu pun jika cik Liza sudi..Maklumlah saya ni pernah di cap sebagai punca memporak porandakan Blog orang...saya juga di kata Plastik...Jika cik liza takut blog ini jadi seperti blog yg saya maksudkan saya terima dengan ikhlas...disini biar saya mengambil kesempatan untuk mejelaskan kepada yang bertanya kenapa saya tidak masuk blog itu lagi...Japwan saya ada dua iaitu :

1. Saya kecewa dengan apa yang berlaku d blog tersebut di mana saya rasa saya tidak boleh memberikan apa - apa sumbangan lagi pada mereka.

2. Saya sudah bukan Rakan Muda lagi. Jadi saya mengambil keputusan untuk membanti Belia jika di perlukan..biarlah blog itu di kuasai oleh mereka dengan cara mereka sendiri...

Rompakan

Anonymous said...

Salam satu malaysia...

Sebagai permulaan saya mencadangkan kepada cik liza untuk mengadakan pertemuan dengan semua wakil - wakil persatuan belia yang ada di kawasan anda..

Selain itu saya mencadangkan kepada anda untuk menubuhkan satu majlis yang menghimpunkan semua peringkat golongan belia yang ada di beaufot..Majlis ini akan berperanan sebagai penasihat kepada anda dan akan mengkordinator segala pergerakan belia di kawasan anda...ini akan memudahkan perjalanan tugas anda..dan saya mencadangkan agar cik menggunakan nama MAJLIS BELIA - BELIA BEAUFORT.

Rompakan

Anonymous said...

cadangan yang bagus dr rompakan, bgus ko fikirkan liza

Anonymous said...

mana2 ja lah, yg pntg beaufort mmg tbaik...yesszaa...aramaiti la kamu sana ah..hehehe

Anonymous said...

bila kuar majlis-majlis belia beaufort tu mcm perlukn pendaftaran sah tu tau..nant kn tahan ISA pl d tuduh bt pergerakan haram...just inform......

Anonymous said...

iya..selamat maju jaya lieyza...

kimora