Friday, July 3, 2009

EXPLORASI SIMPANG MENGAYAU, SWEET MEMORIES...


Simpang Mengayau..Simbol Perpaduan Sukarelawan Beaufort


Aluu..Oklah bagi memenuhi permintaan c Liza, kali ini kita mengimbas kembali kenangan terindah semasa kita wat program Explorasi Simpang Mengayau di Kudat yang telah dibuat pada 8hb-10hb Februari 2008. Program ini dibuat sebagai penghargaan oleh Mohd Halbi Abd Hassan (Penggerak Rakan Muda Parlimen Beaufort) kepada semua sukarelawan khususnya bagi kawasan Parlimen Beaufort yang telah banyak berkorban masa, tenaga dan kemahiran dalam menjayakan semua program Rakan Muda pada tahun 2007.

Apapun, walaupun tidak semua sukarelawan dapat join kerana ada problem lain, tapi ia tetap mendatangkan kenangan manis untuk semua. Trip kali ini disertai Mohd Halbi, Mohd Nadzley, Zaimah, Fazura, Rynnille, Dg Nurlizawati, Noralizawati, Nurul Hardy, Muhd Junidin, Kahar, Suardi, Mohd Ezwan dan Uzaiddah. Tapi untuk pengetahuan, ada satu lagi trip yang di ketuai Penolong Pegawai Belia & Sukan (P) Bahagian Beaufort, En. Amreezal Abd Kadir juga dalam 'rangka lawatan' ke Simpang Mengayau, walaupun dorang group lain, tapi kitorang jalan sama-sama sebab pergi ke destinasi yang sama. Kitorang start jalan pergi dari Beaufort terus ke Centre Point, Kota Kinabalu untuk main bowling sebelum bertolak terus ke Kota Belud (KB) untuk mengisi perut yang tengah wat konsert. Di KB, kitorang makan di Restoran Kota Raya, restoran yang paling "best" dengan layanan yang cukup "mesra" lagi "peramah". Hanya kitorang jak tahu betapa 'baiknya' restoran tu pada kami..huhuhuhu

Habis membelasah makanan, kitorang terus jak ke Simpang Mengayau, penat jugak lah tapi semangat mau sampai itu cukup tinggi hingga menghilangkan rasa penat tu. Tiba di Simpang Mengayau dalam jam 5.30petang, sempat gak lah tengok sunset di sana. Memang cantik dan nyaman pemandangan di sini, kalau ada masa memang terasa mau kembali ke tempat ni. Habis mengayau di Simpang Mengayau, kitorang terus ke Pekan Kudat, wow maju sudah Kudat. Jalan-jalan cari makan dan terus mencari hotel untuk menginap, tapi malangnya semua hotel full booked hari itu....Alamak....Pelbagai usaha kami lakukan, antaranya menghubungi Rumah Pengakap Kudat, Rumah Rehat Daerah tapi malangnya semuanya gagal. Akhirnya kami membuat keputusan untuk berkhemah (memang standby khemah dalam kereta) di Pantai Bak Bak. Sebelum tu kami melaporkan keberadaan kami bermalam di Pantai Bak-Bak di Ibu Pejabat Polis Daerah Kudat untuk langkah keselamatan...

Memang best santai di Pantai Bak Bak, angin kuat dan suasana yang cantik. Setiap jam akan ada kereta Peronda Polis membuat rondaan di tempat kitorang stay. Diucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak Polis Kudat, memang respek lah. Esoknya berlaku lagi satu peristiwa, tapi susah mau kategorikan ini peristiwa malang atau lucu. Penjaga Tandas Pantai Bak Bak minta duit bayaran untuk penggunaan tandas..hahaha..lawak sebab tidak adapun papan notis, lepastu cara dan gaya tu nampak 'kurang ajar', mujur kami ni pelancong tempatan, kalau pelancong luar nda tau lah, memalukan orang Sabah ja macam tiada budi bahasa. Last2, sekali lagi pihak IPD Polis Kudat membantu kami dan kami pun bagilah 'saguhati' kepada 'tuan rumah' tandas awam tu..hahaha...

Habis tu, untuk tidak bising2, pihak Polis Kudat telah benarkan kami mandi di Tandas dalam IPD Kudat tersebut. Kami begitu terhutang budi pada Polis Kudat kerana telah banyak membantu. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih banyak2 Polis Kudat. Sudah bersiap segalanya, kami bertolak terus pulang ke Beaufort.

Begitu lah al-kisahnya, banyak lagi peristiwa yang menarik sepanjang trip ini, tapi biarlah kitorang simpan saja sebagai satu memori yang tidak akan dapat dilupakan sampai bila-bila. Yang pasti trip ini menjadikan kami bertambah matang, tabah, sabar dan dapat membuka minda seluas-luasnya dalam menjadi sukarelawan yang hebat dan berjaya. Semoga satu hari nanti kitorang dapat merealisasikan lagi trip seumpama ini. Adioss...To Be Continue....



Depan CP Bowl & Makan di Restoran di KB


Ni Tengah Tunggu Team Amreezal & Mandi di IPD Kudat

Posing Maut Sunset & Makan Di Pekan Kudat

18 comments:

Anonymous said...

itu myvi aku tu byk sjarah tu..huhuh

bel

Anonymous said...

wah.....requez ku d terima...kasi add lg bha gmbr glamour kta time prgram.tp pastikan ada gmbrku yg kiut atu.hahahahah...apapun,miz u all yang pnh sama2 berjuang as a sukarelawan yg ulung..(chewah)..tp,nda mlampau kot kalo aku ckp,batch kta as a volenteer rsanya antra yang trbest n trhappening d bft..ya tak???apapu,enjoy dgn korang pgalaman yg tak mgkin dlupakan..lebiu all..........

Anonymous said...

yesza..memang bah tu, xda sapa bleh lawan batch kita punyerr..syg sdh sdh wat haluan masing2, hopely nanti bleh wat trip lagi..

adioisss

Anonymous said...

weh kambayau bangas, nanti ko join a little reunion tu ah...lalalalalala

Anonymous said...

Tahukah Anda...
C Kahar telah beberapa kali membuang gas beracunnya di dalam UNSER yang beraircond dan tingkapnya semua di kunci...hahaha..itu yang sadis tu....hahaahah

Anonymous said...

baru bau nya lag semerbak wangi seperti d taman ros merah...kui2...

Anonymous said...

uhhh teringat aku masa pulang dari sandakan, c renel wat driff myvi aku tu, nasib panjang umur..kui2

bel

Anonymous said...

Kenangan terindah sewaktu lepak di restoran...restoran paling sadis di dunia..oder pun separuh mati menunggu..cerewet gtu...

Anonymous said...

hahahahaha..itu lah bah, best 'sangat' restoran tu...pelayan dia pun 'peramah'...

Anonymous said...

sy mau itu pjaga toilet..hehehee

Anonymous said...

'KALU KAMU TIDA BAYAR, SIA REPORT SAMA ITU PULIS, BIAR KAMU KANA TANGKAP..BAYAR 3O PULUH PASAL KAMU GUNA INI AIR DALAM TANDAS"...

'Dialog Drama di Pantai Bak Bak

Anonymous said...

C joe bertanya, TIADA NIOTIS PUN, lalu di jawab, MIMANG TEDA NUTIS, INI TANDAS KAMI PUNYA....wakakakakaakakak.....

Anonymous said...

ces.....kimbetz punya memori ne...wawawa...lucu banar eh...tp,mun dpt di ulang,mau ku eh...
Nsyaallah.nx time kta arrange lg trip kalo ngam timing aa..peewitt...
kmu jg yang ku sayang...lebiu!!!

Kazuma^Lieyza

Anonymous said...

akakaa...mmg sweet memori, tp nda taw la bila ini next trip dpt dibuat, yala pgerak pn sdh tukar...

Anonymous said...

gila babeng..bt drift fluck ja 2...nsb nda mati...klu nda teda aku jd asst officer ne tau....bule thn itu myvi....c beal btariak kalah2 pmpuan myvi dia kn bt drift ba...

Anonymous said...

haha..ko ah..aku teriak2 spya ko mentain..haha..ko ni myvi kesayangan bah tu, nda apa yg pnta panjang umur..kalu nda see u in 'hidden court' lah hari tu..hahaha

bel

Anonymous said...

c kahar n geng ada plan mau wat trip p pulau 3 nanti ramai2 kita, just byr bot n mkn2 n byr campin site ja tu, klu 15-20 orng, dpt lah rm50-rm70 ja seorang..ok la tu kan....bah...

Anonymous said...

sia mau jumpa itu orang asli d pulau 3 tu, mesti ada kan...hahahaha