Monday, May 31, 2010

PENJENAMAAN SEMULA LAMAN BLOG SUKARELAWAN BEAUFORT



Harapan baru untuk komuniti kita.....



Assalamualaikum WRT & Salam Sejahtera...


Kepada semua pengunjung laman blog Sukarelawan Beaufort, pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana terus menyokong laman blog ini dari dahulu hinggalah sekarang. Disebabkan laman blog ini masih mendapat sokongan dan sambutan daripada semua rakan-rakan sukarelawan dan komuniti remaja serta belia, maka dengan ini laman blog ini telah diberikan nafas baru melalui proses penjenamaan semula dengan meluaskan skop penguasaan kepada isu-isu terkini samada peringkat tempatan mahupun nasional, selain daripada memaparkan perkembangan belia dan rakan muda dari masa ke semasa khususnya di bahagian Beaufort ini.


Diharapkan kepada semua rakan-rakan sukarelawan, komuniti remaja dan belia serta masyarakat agar dapat sama-sama menyumbang idea, buah fikiran dan kematangan dalam mendalami isu-isu yang berbangkit ini serta buktikanlah bahawa orang muda pada masa kini ada orang muda yang berkualiti, tinggi nilai serta penentu kepada masa depan bangsa, agama dan negara.


Sekian dan terima kasih daripada kami :-


Pengurus Laman Blog
SukarelaOneBeaufort.blogspot.com

2 comments:

Anonymous said...

admin...
xda cadangan ka nak panggil sukarelawan2 lama seperti khairul izwan sidek, izuan, kahar, suardi alkap dan yg lain2 tu kembali memeriahkan blog ini...bukankah dorang byk membantu juga dalam perkembangan blog ini...

Anonymous said...

InsyAllah..pihak admin sendiri pun mengharapkan mereka2 ini kembali aktif dalam memeriahkan blog ni dan kehadiran mereka memang dialu2kan..

Admin sendiri juga akan berusaha untuk memanggil mereka dan semua sukarelawan untuk kembali bersama di dalam blog ini...

ADMIN,
www.sukarelaONEbeaufort.blogspot.com