Tuesday, June 15, 2010

SOKONGAN UNTUK KEAMPUHAN PERSATUAN BELIA BAHAGIAN BEAUFORT


Penggerak Program Rakan Muda Jiran Muda Peringkat Bahagian Beaufort 2010.

Assalamualaikum WRT & Salam Sejahtera,

Haluuuu.... Kita berjumpa lagi, kepada \ahabat-sahabat sukarelawan, harap anda di dalam keadaan ceria dan bersemangat sentiasa. Sebelum pergi jauh, kami daripada komuniti Sukarelawan Beaufort mengucapkan tahniah kepada Pejabat Belia & Sukan (P) Bahagian Beaufort khususnya kepada Pembantu Belia dan Sukan (P) Bahagian Beaufort, En. Aziz bin Ason yang bertindak selaku Penyelaras Program dan barisan Ahli Jawatankuasanya yang sebahagian besarnya adalah Sukarelawan Beaufort kerana telah berjaya menganjurkan Program Rakan Muda Jiran Muda Peringkat Bahagian Beaufort di Kampung Linsuk, Kuala Penyu pada 05hb Jun hingga 11hb Jun yang lalu.


Program yang dianjurkan bersama Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Daerah Beaufort ini telah menyerlahkan kualiti sukarelawan Beaufort yang telah diketuai oleh Lt Muda Matlen Sarudin, Mohd Nadzley Harith, Muhd Junidin Jamlan, Rezuan Munap, Zuraini Jablin, Nurul Hardy Japar, Junaidah Mustapha dan lain-lain lagi dalam menzahirkan konsep dan objektif program dengan begitu efesien dan cemerlang.


Oklah, cukup kita bercerita mengenai sukarelawan kita. Apa yang ingin di fokuskan di sini ialah sokongan dan perpaduan kita dikalangan sukarelawan dan komuniti belia untuk membantu serta menyokong persatuan belia yang ada disekeliling kita. Untuk pengetahuan semua, ada puluhan persatuan belia di Bahagian Beaufort yang merangkumi Daerah Beaufort, Sipitang, Kuala Penyu serta Daerah Kecil Menumbok dan Membakut. Daripada jumlah itu, hanya beberapa kerat sahaja persatuan belia yang boleh dikatakan 'bernyawa'. Bernyawa di sini maksudnya ialah aktif dalam menjalankan peranannya untuk membangun serta berdiri bersama-sama untuk merealisasikan sasaran organisasi dan kerajaan. Manakala yang lainnya bolehlah dikatakan hidup segan mati tak mahu dan ada juga yang wujud hanya di atas kertas.


Umum sedia maklum, perubahan perlu seiring dengan perkembangan semasa. Pada alaf ini, berubah saja tidak cukup jika tiada inisiatif untuk mengauli 'gaya hidup masa kini'. Dicadangkan persatuan belia masa kini perlu merangka strategi baru dengan mendekati golongan belia daripada segenap aspek dan ruang yang ada. Salah satunya ialah melalui pendekatan secara maya menerusi laman blog mahupun laman web persatuan belia serta laman sosial. Setakat yang diketahui, setakat ini hanya Persatuan Belia Kampung Tidong (Kuala Penyu) dan Persatuan Belia Pekan Weston (weston) yang mempunyai kaedah seperti ini. Nampaknya kesedaran masih kurang dikalangan pemimpin belia setempat untuk bergerak secara maya. Harus diketahui bahawa untuk menjadi persatuan belia yang baik, salah satu faktornya ialah persatuan belia itu senang didekati dan senang untuk bersama pemimpin persatuan tersebut!


Buat masa ini, perkembangan persatuan belia di Bahagian Beaufort masih perlahan berbanding dengan Bahagian-bahagian lain. Usaha serta kolaborasi lebih jitu perlu dilaksanakan oleh agensi berkaitan terutamanya Jabatan Belia & Sukan (Persekutuan) Bahagian Beaufort dan Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah (Daerah Beaufort, Kuala Penyu & Sipitang) untuk terus memacu pembangunan belia di kawasan ini. Sesungguhnya kejayaan belia kita ini adalah kejayaan kita bersama.


sukarelaONEbeaufort menyokong 1 Belia 1 Malaysia.


No comments: