Tuesday, June 15, 2010

SOKONGAN UNTUK KEAMPUHAN PERSATUAN BELIA BAHAGIAN BEAUFORT


Penggerak Program Rakan Muda Jiran Muda Peringkat Bahagian Beaufort 2010.

Assalamualaikum WRT & Salam Sejahtera,

Haluuuu.... Kita berjumpa lagi, kepada \ahabat-sahabat sukarelawan, harap anda di dalam keadaan ceria dan bersemangat sentiasa. Sebelum pergi jauh, kami daripada komuniti Sukarelawan Beaufort mengucapkan tahniah kepada Pejabat Belia & Sukan (P) Bahagian Beaufort khususnya kepada Pembantu Belia dan Sukan (P) Bahagian Beaufort, En. Aziz bin Ason yang bertindak selaku Penyelaras Program dan barisan Ahli Jawatankuasanya yang sebahagian besarnya adalah Sukarelawan Beaufort kerana telah berjaya menganjurkan Program Rakan Muda Jiran Muda Peringkat Bahagian Beaufort di Kampung Linsuk, Kuala Penyu pada 05hb Jun hingga 11hb Jun yang lalu.


Program yang dianjurkan bersama Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Daerah Beaufort ini telah menyerlahkan kualiti sukarelawan Beaufort yang telah diketuai oleh Lt Muda Matlen Sarudin, Mohd Nadzley Harith, Muhd Junidin Jamlan, Rezuan Munap, Zuraini Jablin, Nurul Hardy Japar, Junaidah Mustapha dan lain-lain lagi dalam menzahirkan konsep dan objektif program dengan begitu efesien dan cemerlang.


Oklah, cukup kita bercerita mengenai sukarelawan kita. Apa yang ingin di fokuskan di sini ialah sokongan dan perpaduan kita dikalangan sukarelawan dan komuniti belia untuk membantu serta menyokong persatuan belia yang ada disekeliling kita. Untuk pengetahuan semua, ada puluhan persatuan belia di Bahagian Beaufort yang merangkumi Daerah Beaufort, Sipitang, Kuala Penyu serta Daerah Kecil Menumbok dan Membakut. Daripada jumlah itu, hanya beberapa kerat sahaja persatuan belia yang boleh dikatakan 'bernyawa'. Bernyawa di sini maksudnya ialah aktif dalam menjalankan peranannya untuk membangun serta berdiri bersama-sama untuk merealisasikan sasaran organisasi dan kerajaan. Manakala yang lainnya bolehlah dikatakan hidup segan mati tak mahu dan ada juga yang wujud hanya di atas kertas.


Umum sedia maklum, perubahan perlu seiring dengan perkembangan semasa. Pada alaf ini, berubah saja tidak cukup jika tiada inisiatif untuk mengauli 'gaya hidup masa kini'. Dicadangkan persatuan belia masa kini perlu merangka strategi baru dengan mendekati golongan belia daripada segenap aspek dan ruang yang ada. Salah satunya ialah melalui pendekatan secara maya menerusi laman blog mahupun laman web persatuan belia serta laman sosial. Setakat yang diketahui, setakat ini hanya Persatuan Belia Kampung Tidong (Kuala Penyu) dan Persatuan Belia Pekan Weston (weston) yang mempunyai kaedah seperti ini. Nampaknya kesedaran masih kurang dikalangan pemimpin belia setempat untuk bergerak secara maya. Harus diketahui bahawa untuk menjadi persatuan belia yang baik, salah satu faktornya ialah persatuan belia itu senang didekati dan senang untuk bersama pemimpin persatuan tersebut!


Buat masa ini, perkembangan persatuan belia di Bahagian Beaufort masih perlahan berbanding dengan Bahagian-bahagian lain. Usaha serta kolaborasi lebih jitu perlu dilaksanakan oleh agensi berkaitan terutamanya Jabatan Belia & Sukan (Persekutuan) Bahagian Beaufort dan Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah (Daerah Beaufort, Kuala Penyu & Sipitang) untuk terus memacu pembangunan belia di kawasan ini. Sesungguhnya kejayaan belia kita ini adalah kejayaan kita bersama.


sukarelaONEbeaufort menyokong 1 Belia 1 Malaysia.


Monday, May 31, 2010

PENJENAMAAN SEMULA LAMAN BLOG SUKARELAWAN BEAUFORT



Harapan baru untuk komuniti kita.....



Assalamualaikum WRT & Salam Sejahtera...


Kepada semua pengunjung laman blog Sukarelawan Beaufort, pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana terus menyokong laman blog ini dari dahulu hinggalah sekarang. Disebabkan laman blog ini masih mendapat sokongan dan sambutan daripada semua rakan-rakan sukarelawan dan komuniti remaja serta belia, maka dengan ini laman blog ini telah diberikan nafas baru melalui proses penjenamaan semula dengan meluaskan skop penguasaan kepada isu-isu terkini samada peringkat tempatan mahupun nasional, selain daripada memaparkan perkembangan belia dan rakan muda dari masa ke semasa khususnya di bahagian Beaufort ini.


Diharapkan kepada semua rakan-rakan sukarelawan, komuniti remaja dan belia serta masyarakat agar dapat sama-sama menyumbang idea, buah fikiran dan kematangan dalam mendalami isu-isu yang berbangkit ini serta buktikanlah bahawa orang muda pada masa kini ada orang muda yang berkualiti, tinggi nilai serta penentu kepada masa depan bangsa, agama dan negara.


Sekian dan terima kasih daripada kami :-


Pengurus Laman Blog
SukarelaOneBeaufort.blogspot.com

Saturday, November 14, 2009

DISEBALIK KEM KEPIMPINAN SUARA BELIA MERDEKA 2009


Pupuk nilai sukarela dalam hati budi dan nurani..............


Salam 1 Belia 1 Malaysia,


Pada 23hb Oktober hingga 27hb Oktober 2009, Kem Kepimpinan Suara Belia Merdeka 2009 berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Walaupun dilaksanakan dengan bajet yang terhad, namun berkat kesungguhan, semangat, inisiatif dan gabungan kerjasama sukarelawan lama dan baru akhirnya berjaya melangsaikan tugasan dan tanggungjawab yang diberikan.

Dari meja komuniti sukarelawan mengucapkan sekalung tahniah kepada saudara Kahar Buntak, Suardi Kadir, Syed Muhammad Alqap, Azrul Azwan Abd Lamin, Muhd Junidin Jamlan, Mohd Helmi Tuah yang telah berusaha keras dalam usaha menjayakan kem ini. Sesungguhnya sudah lama nama-nama ini tidak bekerjasama untuk menjayakan satu program yang pastinya kembali mengusik kenangan-kenangan lama suatu ketika dahulu. Kem ini turut diserikan dengan kehadiran beberapa sahabat sukarelawan yang lain antaranya Mohd Ezwan Hj Salleh, Noralizawati Matsam, Dg Nurlizawati Japlus, Mohd Alifah Mohd Noor, Nurul Faezah Hj Zainal dan beberapa nama lain lagi untuk memberikan sokongan kepada kem ini.

Apapun, sebenarnya bukan kemegahan yang dicari disebalik perlaksanaan kem kepimpinan ini, sebaliknya adalah kerjasama, kesungguhan, komitmen, semangat bersatu dan persefahaman dalam menjayakan kem ini sememangnya masih lagi kukuh seperti dahulu walaupun sudah tidak lama berganding tenaga. Itulah nilai dari sebuah persahabatan yang akhirnya membawa kepada kesatuan dalam gandingan tenaga fizikal, minda dan spiritual yang berkesinambungan daripada pemikiran yang positif dan ke hadapan.

Semoga sukarelawan bersatu untuk masa depan yang lebih harmoni dan lebih baik daripada apa yang ada pada masa kini. Gabungan baru dan lama juga diharapkan menjadi lebih sempurna dengan mengekalkan hubungan yang baik sesama komuniti sukarelawan ini. Akhir kata, selamat berjaya diucapkan semua dan ingatlah bahawa masa depan negara terletak di bahu kita. 1 Belia 1 Malaysia.

Sunday, October 4, 2009

BELIA BEAUFORT : PEMILIHAN NORALIZAWATI SEBAGAI PENGGERAK BELIA ADALAH TEPAT



Keputusan undian..........................


Salam Sukarelawan,


Hello geng, terima kasih kerana terus menyokong laman blog sukarelawan ini, sokongan dan kesetiaan anda semua amatlah dihargai. Untuk pengetahuan semua, Penggerak Belia Beaufort kita, cik Noralizawati Mat Sam sedang mempersiapkan pasukan sukarelawan untuk menggerakkan program-program belia yang akan diadakan dalam bulan-bulan mendatang ini. Jadi, bersedialah kita sebagai sukarelawan untuk menanti punat 'alarm' yang akan ditekan oleh cik Penggerak Belia kita pada bila-bila masa sahaja niee.


Bercakap mengenai cik Penggerak Belia kita, laman blog sukarelawan ini telah mengadakan satu undian yang bertujuan untuk mendapatkan 'feedback' daripada para belia dan sukarelawan mengenai perlantikan cik Noralizawati sebagai Penggerak Belia dan keputusan sudahpun diperolehi. Undian ini diadakan selama sebulan di dalam lama blog ini. Berikut adalah keputusan undian tersebut :-



Mampukah Noralizawati Memenuhi Aspirasi Belia Di Kawasan Parlimen Beaufort?


Mampu..............(82%)

Boleh Lah Kali...(60%)

Tidak Mampu....(33%)

Tidak Pasti........(23%)


Emm...berdasarkan keputusan undian tersebut, nampaknya golongan belia dan sukarelawan telah sebulat suara dan percaya bahawa perlantikan cik Liza kita ni adalah tepat untuk membangun dan menjana aspirasi belia di kawasan Parlimen Beaufort ini. Ini terbukti dengan majoriti 82% undi yang menyatakan rasa setuju tersebut. 60% pula berkata cik Liza mungkin boleh dipercayai dan boleh diharap. Kelompok 60% ini mungkin mahu melihat dahulu prestasi cik Liza dalam beberapa bulan ataupun beberapa program sebelum meyakininya.


33% berkata cik Liza tak mampu. Kelompok ini juga mungkin masih mahu meliaht prestasi cik Liza terlebih dahulu. Jadi cik Liza, 33% ini akan sentiasa melihat dan menilai anda dari masa ke semasa, buatlah yang terbaik OK. 23% responden pula berkata tidak pasti. Mereka ini mungkin kelompok baru yang masih belum kenal dengan cik Liza ataupun belum lagi terbabit dalam mana-mana program belia. Justeru, nasihat pada kelompok ini, sertailah program Jabatan Belia & Sukan untuk mengetahui kelebihannya.


OKlah setakat ini sahaja dahulu, laman blog ini akan memaparkan satu lagi undian untuk dinilai oleh semua respondens belia di kawasan Parlimen Beaufort ini. Jadi, jangan lupa untuk terus mengunjungi laman blog sukarelawan ini ya...Adios..

Friday, October 2, 2009

SUKARELAWAN JAYAKAN PROGRAM JOM BANTERAS VANDALISME


Bersama membanteras vandalisme..............

Salam Sukarelawan,

Hari ini, 02 Oktober 2009, Sukarelawan Bahagian Beaufort dengan kerjasama Kelab Rakan Muda Beaufort (KRMB) telah menjalankan satu program tanggungjawab sosial kepada masyarakat iaitu Program Jom Banteras Vandalisme. Program yang mendapat sokongan daripada komuniti Rakan Muda dan komuniti laman blog Kami Anak Malaysia (http://www.kamianakmalaysia.blogspot.com/) ini telah berjalan dengan jayanya. Usaha untuk memulihkan tembok berhadapan KFC Pekan Beaufort yang dicemari dengan vandalisme akhirnya berjaya dipulihkan menerusi program ini.




Atas dasar rasa prihatin dan juga tanggungjawab kepada masyarakat maka sekumpulan sukarelawan dan juga wakil dari komuniti laman blog KAMI ANAK MALAYSIA telah berusaha untuk membersihkan hasil vandalisma "mamat rock jiwa kacau" yang telah mencacatkan hasil seni grafiti yang telah diusahakan oleh sekumpulan anak muda yang berkaliber dan berbakat dalam bidang seni.



Walaupun dengan peralatan yang terhad, saudara Kahar Buntak, Syed Muhd Alqap dan juga Suardi Kadir telah sama-sama bergotong-royong membersihkan vendalisma tersebut. Tahniah kepada mereka bertiga. Semoga usaha ini menjadi contoh kepada semua sukarelawan lain...


SEBELUM DAN SELEPAS.......
Beginilah Hasil Program Jom Banteras Vandalisme.........


Wednesday, September 16, 2009

CS FRIENDLY MATCH :- PASUKAN MR PRESIDENT MENANG BERGAYA


Pasukan Mr President KRMB menang bergaya kali ini....


Salam Sukarelawan,

Pada 15hb September 2009, bertempat di Pusat Siber Net Point, Pekan Beaufort telah berlangsung perlawanan persahabatan Counter Strike Source (CS) antara pasukan Sukarelawan Beaufort bertemu pasukan Mr President KRMB. Pasukan Sukarelawan Beaufort diketuai oleh saudara Kahar, Nadzley, Suardi, Alqap, Bel, Azman (bukan nama sebenar) & Roslan (bukan nama sebenar) manakala pasukan Mr President KRMB diketuai sendiri oleh Presiden KRMB, saudara Joe, AMT KRMB Hardy & Sharol, Abdullah (bukan nama sebenar), Sufian (bukan nama sebenar), Usop (bukan nama sebenar) dan Din (bukan nama sebenar).

Perlawanan persahabatan ini adalah perlawanan yang kedua seumpamanya tahun ini yang mana dalam perlawanan persahabatan yang pertama telah dimenangi oleh pasukan Sukarelawan Beaufort. Bagaimanapun, pada kali ini pasukan Mr Presiden KRMB telah berjaya memerangkap pasukan Sukarelawan Beaufort dan mereka berhasil untuk menang besar dengan kejayaan 44-8. Kejayaan ini telah berjaya menebus kehampaan pada perlawanan persahabatan yang pertama. Berikut adalah komen-komen pemain kedua-dua pasukan :-

JOE : Kami menang besar, kami berjaya menebus kekalahan dalam siri persahabatan yang pertama. Ini adalah tanda bahawa kami sudah bersedia dan kami memang power root....!!

NADZLEY : Kami main-main saja, apa kelas main berabisan.

KAHAR : Oleh kerana tempat kali ini bida, kami memang saja malas mau kasi keluar power kami..Hehehehe...

SHAROL : Ternyata sekarang siapa yang jadi team lemah... Hehehehe...

Satu perlawanan persahabatan yang ketiga akan diadakan dalam masa terdekat. Yang pasti pasukan Sukarelawan Beaufort tidak akan mahu bermain lagi di Net Point kerana ternyata perubahan venue perlawanan telah menyebabkan power dan konsentrasi mereka terjejas teruk. Kita nantikan pertempuran yang ketiga sempena Hari Raya Aidilfitri nanti....


Statistik Perlawanan :-
Keputusan :
Mr President KRMB 44 - 8 Sukerelawan Beaufort
Top Shooter : - Joe 67 & Suardi 48
Map : Port
Senjata Paling Popular : Sniper
Tempoh : 2 Jam
Venue : Net Point, Beaufort.

Thursday, September 10, 2009

SEMINAR KEUSAHAWANAN BELIA 2009


Seminar ni kalau tak ikut rugi beb.....


Salam 1 Belia 1 Malaysia,

Kepada kengkawan dan semua belia2, satu seminar yang dinamakan Seminar Keusahawanan Belia akan diadakan yang mana seminar ini bertujuan untuk memupuk minat keusahawanan, memberi informasi & tips yang berguna berkenaaan keusahawanan dan saluran yang boleh digunakan untuk berjaya dalam bidang perniagaan. Semua ini hanya boleh didapati dengan menyertai seminar ini yang dianjurkan bersama Pejabat Belia & Sukan (P) Bahagian Beaufort & Institut Keusahawanan Negara yang akan dilaksanakan seperti ketetapan yang berikut :-


Tarikh : 9hb - 11hb Oktober 2009
Venue : Pusat Latihan Binsulok, Membakut, Sabah.
Sasaran : Belia berumur 25-40 tahun.
Jumlah Peserta : Terhad 30 peserta sahaja.


Bah, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk sama-sama menimba ilmu yang sukar diperolehi ini untuk kemajuan dan pembangunan diri untuk memulakan kerjaya sebagai usahawan. Lagipun bukan senang kita dapat menyertai seminar sebegini yang berdekatan dengan tempat tinggal kita. Kepada yang berminat boleh menghubungi Penggerak Belia Beaufort, Cik Noralizawati Mat Sam di talian 087-211625. Cepat tau sebab tempat adalah terhad. Good Luck.


KUNJUNGI GERAI SUKARELAWAN DI BAZAR RAMADAN PEKAN BEAUFORT


Jom Serbu Bazaar Ramadan Pekan Beaufort......




Salam Sukarelawan,


Halu geng, sorry banyak2 sebab blog ni masih lagi berstatus 'under construction' dan sibuk di 'renovation' untuk dimantapkan lagi isi kandungan dan persembahan paparan. Apapun, sempena bulan Ramadan Al-Mubarak yang penuh kemuliaan ni, kita mempromosikan kepada semua pengunjung untuk sama-sama memeriahkan Bazar Ramadan Pekan Beaufort yang diadakan setiap petang bermula jam 2.00 setiap hari.


Di dalam Bazar Ramadan tu, ada beberapa sukarelawan kita telah 'membisneskan' diri untuk sama-sama berusaha mencari pendapatan sampingan. So, korang rajin2 lah berkunjung ke gerai mereka yang terbabit antaranya :-



01. Gerai Playboy Insaf (Mohd Nadzley Harith)

- Menjual aneka air minuman antaranya air kelapa, oren, minuman tin, kacang soya, jus buah-buahan, air sejuk, bulat air kerana pembentung, air tawar & lain2.
- Menjual Mee Goreng 'Pasti Sedap, Lazat & Berkhasiat'.



02. Gerai Batu Belah Batu Betangkup (Kahar & Syed Alqap)

- Menjual aneka air minuman

- Menjual ikan bakar, ikan panggang, ikan kukus, ikan rebus, ikan goreng, ikan masak lemak cili padi, ikan siakap senohong gelama ikan duri & anak ikan.

- Menjual Nasi Ayam, Buy 200 Free 1......hehehe......



Ok lah, kalau korang nak mahu tahu bagaimana unik dan lazatnya produk2 jualan mereka, marilah berkunjung ke gerai mereka sekarang juga. Apap lagi jangan buang masa, kalau lambat nanti habis pulak. Ok..Selamat Berpuasa & Selamat Sungkai...



Thursday, September 3, 2009

WAJAH-WAJAH SUKARELAWAN


Kenangan Mengusik Jiwa....................


Hai Geng Sukarelawan,
Hari ini kita kembalikan nostalgia wajah-wajah kenangan sukarelawan (tapi sori arr nda semua ada muka) sebagai mengimbas kembali saat-saat manis kegemilang Sukarelawan Bahagian Beaufort sepanjang zaman. Mari kita ikuti kisah-kisah mereka..........



Suardi ko watpa tu? Buat keja ka atau tuttttt......
Si Mila control ayu..ayu ker?........

Tu dia al-ustaz Nordin..sekarang otai di JAKIM...
Yes Sir..Helmi, berapa orang sudah ko timbak?..Hehehe


Tu dua dara pingitan...Kategori Frame Bergerak.....
Mana sudah si Noh ah..Betapa ka?......
Tu dua aweks adik beradik lain bapa lain mama tu...
Yang baju putih macam tiang lampu tu gadis dari USA..

Ni mamat hensem sudah keja di Membakut..Asistant bos oo...
Tu memeng sukarelawan new comer....

Ni orang yang duduk paling banyak buat susah sukarelawan....
Tu yang macam YB tu Nadzley..Playboy yang insaf...


Ni yang mata marak tu orang asli..Pernah kisahnya tersiar di blog..
Ni Otai sukarelawan...Lt Muda Matlen..Tepuk2 berubut...


Baju putih ni pun Otai sukarelawan terulung 7 tahun...
Baju oren ni siapa nda kenal bagus kamu terjun kolam buaya...


Mamat pakai spek ni orang kuat Wajadiri..Tabik ko Wan...
Gambar sebelah ni 2 orang otai sukarelawan tapi belum pencen..Hehehe..Jangan marah ar Wan & Kahar

Ayie ni pemalu tapi kadang2 nda tahu malu..Hehehe
Tu gambar kenangan manis di Simpang Mengayau...

Syed Alqap..Satu2nya sukarelawan berketurunan Arab........
Tu mamat limpang2 tu orang kuat Kimanis.........

Ni Fazli..Sekarang sudah jadi bos Felcra di Sandakan...

Friday, August 28, 2009

MENCARI SAHABAT LAMA DI BEAUFORT



Segmen JEJAK KASIHAN kembali...........


Kepada semua sahabat sukarelawan yang budiman, pihak Crew Admin Laman Blog Sukarelawan telah menerima email daripada seorang gadis yang ini mencari sahabat-sahabat lamanya yang kini berada di daerah Beaufort.


Gadis ini berasal dari Beaufort, bagaimanapun sejak dari usia 8 tahun terpaksa berpisah dengan sahabat-sahabat rapatnya di Beaufort kerana familinya telag berpindah ke Los Angeles, Amerika Syarikat. Di sana gadis ini telah melanjutkan pelajarannya dalam bidang Sains Kesihatan Kecantikan Wajah di Universiti Virginia, California. Bagaimanapun kenangan lama telah menggamit nalurinya untuk tergerak mahu menjejaki kembali sahabat-sahabat lamanya.


Antara nama sahabat-sahabatnya yang masih diingati ialah Kah Hair, SuQardey, Shah Rul Khan, NuRouL Hardware, Nadeley, Mat Leane, Lieey Zah, ReeY NeeL LeY, Alvie BeL, DaY Yang, Sars mile Lah dan ramai lagi. Jika nama-nama yang disebutkan di atas mengenali gadis ini, bolehlah menghubunginya di Los Angeles, Amerika Syarikat di talian 2289-987-211 (4.30sen/minit) atau email i_am_still_virginia@yahoo.com...


Inilah gambar gadis yang dimaksudkan... :--





Nama : Siti Nur Joesmey
Asal : Beaufort, Sabah, Malaysia.
Alamat Sekarang : Lot 2, Vision Black Dog Lane, Los Angeles, USA.
Jangka Masa Terpisah : 15 Tahun


BERAKHIRNYA PENANTIAN SEORANG SUKARELAWAN


Penggerak Belia kita.............


Salam Sukarelawan Semua,

Hiii sahabat sukarelawan sekalian, pihak Crew Admin Laman Blog Sukarelawan memohon maaf kerana rasanya sudah lama laman blog ni tidak di 'upgrade' dan di 'update'. Tapi jangan risau, mulai pada hari ni laman blog sukarelawan ini akan berubah wajah dan gaya kerana blog ini akan diisytiharkan secara rasmi sebagai lama blog rasmi untuk Penggerak Belia Kawasan Parlimen P.177 Beaufort yang baru, Cik Noralizawati Mat Sam (Lieyza) sebagai medium rasmi untuk semua kegiatan belia yang telah, sedang dan akan dilaksanakan dalam perancangan yang bakal dimuatkan.

Terlebih dahulu kami semua geng Sukarelawan Beaufort mengucapkan tahniah kepada Lieyza kerana akhirnya berjaya mendapat pekerjaan sebagai Penggerak Belia. Berita ini pastinya menggembirakan keseluruhan warga sukarelawan di bahagian Beaufort ini kerana Lieyza adalah salah seorang sukarelawan 'antara yang paling lama' di dalam dunia sukarela ini. Selamat bertugas dan selamat segalanya kepada Leiyza yang sudahpun memulakan tugas pada 24hb Ogos yang lalu di Pejabat Belia & Sukan (P) Bahagian Beaufort.

Pihak Crew Admin Laman Blog Sukarelawan ini juga memohon kerjasama dan sokongan daripada semua sukarelawan dan komuniti belia di kawasan Parlimen Beaufort ini untuk terus menyokong kami dan pihak kami juga mengalu-alukan sumbangan anda tidak kira dalam bentuk gambar, video, cerita dan apa-apa sahaja yang difikirkan sesuai untuk dimasukkan di dalam blog ni. Hubungi kami di alamat email sukarelawanbeaufort@yahoo.com.


1 Belia 1 Malaysia............



Saturday, August 15, 2009

TEMUI SUKARELAWAN BEAUFORT DI TAMAN WAWASAN...


Nadzley & Suardi tidak asing lagi dengan JPNIN


UPDATED

Salam Sukarelawan,

Geng, hari ini 15 Ogos 2009, dua orang sukarelawan kita terlibat dalam Program Sukaneka Perpaduan Peringkat Daerah Beaufort, Sipitang & Kuala Penyu anjuran Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional yang berlangsung di Taman Wawasan sebagai pengadil dan inspektor pertandingan. Mereka yang dimaksudkan ialah Mohd Nadzley Harith & Suardi Kadir. Bah kamu berdua buat kerja bagus2, jangan buat kerja lain OK...Hahaha...

Temui juga sukarelawan yang lain yang dijangka akan turut memeriahkan program ini antaranya Kahar Buntak, Nurul Hardy Japar, Mohd Sharol Saiman, Muhd Nurezam Sabiran, Muhd Junidin Jamlan, Syed Alqap, Nurul Izzati dan lain-lain.....

Jumpa di sana.............................